Khamis, 9 Oktober 2008

Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha. Menurut catatan I-Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgih di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Keda Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah

Chih Tu

Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah, yang terletak di negeri Kelantan. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad keenam Masihi. Beliau ialah seorang raja yang berkuasa mutlak. Beliau diketuai oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran. Sistem pemerintahan berjaya mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu.

Rabu, 8 Oktober 2008

Zaman Logam
1.Zaman logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Manusia telah mula mencipta alat gangsa
dan besi
2.Antara ciri-ciri Zaman Logam ialah
a.Lokasi
I.Sungai Tembeling, Pahang
ii.Gua Harimau, Perak
iii.Chankat Menteri, Perak
b.Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
I.Nuka hidup secara menetap di satu tempat
ii.Penempatan berdekatan dengan sungai dan ada segelintir tinggal di gua
iii.Mempunyai adat resam
c.Kegiatan utama
I.Bercucuk tanam
ii.Menangkap dan menternak binatang
iii.Berburu
iv.Berdagang secara bertukar barang
d.Peralatan
I.Mencipta alat logam daripada gangsa dan besi
e.Kepercayaan
I.Sudah mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu
ii.Mengamalkan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu
Zaman Paleolitik
1.Ahli sejarah berpendapat Zaman Paleolitik meliputi tempoh masa 200 000 tahun hingga
300,000 tahun dahulu
2.Ciri-ciri masyarakat Zaman Paleolitik adalah seperti berikut:
a.Lokasi
I.Kota Tampan, Perak
ii.Bukit Jawa, Perak
iii.Bukit Bunuh, Lenggong, Perak
iv.Gua Niah, Sarawak
v.Tingkayu, Sabah
b.Ciri-ciri penempatan dan masyarakat
I.Hidup berpindah randah atau nomad
ii.Tinggal di gua dan sekitar kawasan tasik
c.Kegiatan utama
I.Memburu binatang
ii.Memunggut hasil hutan seperti buah-buahan
iii.Mengamalkan cara hidup sara diri
d.Peralatan
I.Menggunakan alat batu untuk menumbuk, memburu dan mempertahankan diri dalam
kehidupan seharian
e.Kepercayaan
I.Mengamalkan kepercayaan animisme
ii.Mengamalkan upacara perkuburan
Zaman Neolitik
1.Mengikut para pengkaji sejarah, Zaman Neolitik bermula 7000 tahun dahulu
2.Ciri-ciri masyarakat zaman ini adalah seperti berikut
a.Lokasi di Malaysia
I.Gua Cha, Kelantan
ii.Bukit tengkorak, Sabah
b.Ciri - ciri penempatan dan masyarakat
I.Tinggal di gua yang berhampiran dengan sungai
ii.Membuat pembahagian kerja
iii.Wujud sistem bermasyarakat
iv.Mempunyai seorang ketua
c.Kegiatan utama
I.Bercucuk tanam
ii.Menangkap ikan
iii.Menternak binatang
iii.Berburu
iv.Memungut hasil hutan
v.Membuat barang kemas seperti kalung, anting-anting dan gelang
d.Peralatan
I.Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu
ii.Mencipta tembikar, bekas air, periuk dan belanga
e.Kepercayaan
I.Mengamalkan kepercayaan animisme
Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah
1.Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
2.Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3.Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
4.Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi
keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
5.Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini
tidak akan berulang
6.Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
7.Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
8.Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

Rabu, 30 Julai 2008

Assalamualaikum

Hari ini ana sungguh seronok buat blog ini seronok sangat macam nak terjun bangunan pulak. Org kedua siap buat blog he..he..he..!!! Saya ni masih baru kalau ada salah dan silap tolong tunjukkan ye!!

Time and Date